Kanser...Tahukah kita?


Smlm kt opis aku ade ceramah ttg kanser ni, penceramah tu adalah volunteer dan wakil dari MAKNA...Apa makna MAKNA??? Majlis Kanser Nasional, yg ditubuhkan oleh Dato' Mohd Farid Ariffin  pd tahun 1994, yg mana sblm itu, anak lelaki beliau telah menghidap leukimia dan rawatannya telah dilakukan di luar negara kerana tiada kemudahan yg disediakan bg penghidap kanser di Malaysia.Oleh sebab itu, MAKNA ditubuhkan bagi membantu mereka yg tidak berkemampuan dari segi kos rawatan dan bantuan yg disediakan bg pesakit ini. Pada mereka yg tahu lebih lanjut ttg MAKNA, boleh pergi ke kiosk2 setiap Hopital di Malaysia atau berhubung terus dgn MAKNA

Sebenarnya, di dalam badan kita memang mempunyai sel2 kanser yg mengalir dalam darah, tetapi sama ada ianya aktif ataupun tidak. Kebanyakan daripada wanita lebih mengutamakan kecantikan daripada kesihatan, betul tak? Macam aku sendiri pon last time wat check up ialah 2 tahun lepas. So pasni kita ramai2 pegi wat check up ye...So nk tau apa punca2 kanser??

i) Faktor pemakanan - klu kita tgk sayuran mengandungi racun, ayam dicucuk hormon, ikan diletak ubat mayat semuanya ini merupakan pembunuh senyap kpd kita.
ii) Plastik yg mghasilkan bahan kimia - contohnya plastik polystyrene, kertas berwarna coklat yg bungkus nasi lemak yg ade lapisan plastic di atasnya, pembalut plastic yg cover mknan style buffet (mknan panas). Semua bahan plastic ini bertindak balas dgn mknan panas yg mana berlaku proses perpeluhan dan bahan toksid masuk ke dlm mknan yg dibungkus.
iii) Air yg tidak bersih - walaupun dirumah sudah ada penapis air, tp lebih bagus jika air tersebut di masak terlebih dahulu
iv) Pengambilan vitamin yg salah - kita diingatkan supaya mendapatkan nasihat doktor sblm mengmbil vitamin2 ini kerana ada2 certain2 vitamin tidak dpt dicernakan oleh badan kita dan mengakibatkan sel2 kanser di dalam badan kita yg akan mencernakan lebihan vitamin tersebut. Jadi ia akan menjadi lebih aktif.
v) Tidak Menyusukan bayi, merokok, tekanan di tmpt kerja, dirumah atau di mana2 shj.
vi) Makanan yg tinggi lemak, obesiti dan juga faktor keturunan turut menyumbang kpd penyakit ini.

Jadi utk elakkan ianya berlaku, sayuran yg nk kita masak tu, better kita rendamkan dgn air garam selama 5 minit, pilihla ikan yg bersisik kerana sisik itu melindungi ikan dari bahan toksid, makan ayam organik yg mana tiada suntikan hormon. Pastikan botol plastik/ air minuman yg kita beli bernombor 1@2@4@5 yg kita boleh check di bontot botol dlm segitiga kecik tu...Manakala JGN guna botol yg bernombor 3@6@7 kerana botol2 ini telah dikitar semula. Botol susu anak2 make sure tukar 3 bulan sekali, better pilih yg ade BPA tu kan...Jgn minum air botol yg telah ditinggalkan di dalam kereta, kerana suhu panas bertindak balas dgn air ini..

Kalau korang beli air mineral tgk tutup dia kan??? Ade warna biru - mengandungi 80% kandungan mineral, tutup warna hijau 50% kandungan mineral dan tutup putih itu adalah RO shj...maka pilihla yg warna biru...

Aku pasti setiap ibu2 mahu yg terbaik untuk family mereka, klu bukan KITA siapa lagi yg nak jaga mereka kan??? Jadi lebih baik mencegah daripada merawat, eii sedihlak aku wat entry ni....LOVE U ALL....




    

Labels: