Tips Amalan Penerang Hati


Okeh hari ini saya akan kongsikan tips amalan untuk penerang hati, boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja di muka bumi Allah ini. Semalam saya telah mengikuti Sesi Perjumpaan Ibu Bapa di Tadika Islam Saidina Abu Bakar As Siddiq (TISAAS) di Sri Gombak, utk tadika Najwa la kan, saya dtg seorg shj, anak2 telah dijaga oleh abahnya...Yes!! sronok dpt menimba ilmu tanpa gangguan hehehhe...So Pengetua telah memberikan helaian amalan harian utk mendidik anak dlm membantu memudahkan mereka dlm pembelajaran. Antara2 tip2nya ialah:

1) Baca surah Al-Mu'minun ayat 1-118
    Caranya: - i) Ayat tersebut mestilah di baca sewaktu tidur dengan keadaan suci.
                    ii) Kemudian selawat nabi sebanyak 3kali
                   iii) Hembuskan ke ubun2 kepala anak2

2) Baca surah Al-Imran ayat 83
    Caranya: - i) Baca selawat nabi 3kali
                     ii) Bacakan ayat ke telinga anak 3kali

3) Baca surah Az Zumar ayat 1-75
    Caranya - i) Bacakan ayat di atas mengahadap kiblat dgn keadaan suci
                    ii) Hembuskan ke ubun2 anak ketika tidur

Mungkin utk permulaan rasa mcm x biasa atau kita akan tertanya2, bila la aku dpt buat ni??? percayalah setiap niat yg baik mmg Allah permudahkan. Semoga Allah sama2 merahmati anak2 kita utk jadi insan berjaya di dunia akhirat.

Labels: , , ,