Suamiku Fobia Naik Flight!!!

Besok suamiku akan outstation ke Kota Belud, Sabah selama 2 hari. Aku tak risaukan tentang macamana nak handle anak2 coz aku dh biasa jaga budak2 ni tanpa hubby di sisi. Yang aku risaukan macamana suamiku nk menempuh perjalanan naik flight tu coz suamiku ini termasuk dalam kategori ‘fobia’ naik flight. Bila tengah fly, hubby aku akan rasa sesak nafas, susah nak bernafas. Aku pon tak tau puncanya. Dahla flight besok 2 jam perjalanannya. Kene makan ubat tahan muntahla jawabnya.

Ingat lagi sewaktu kitaorg ke Bandung pada May 2009. Sewaktu tu bercuti selama 4 hari 3 malam bersama rakan2 opisku. Sesampainya kat Bandung ok lagi. Waktu nk balik tu hubby dah rasa sesak nafas dah. Masa dlm flight nk balik Malaysia, ½ jam lagi nk landing, hubby aku tak tentu arah dah, stewardess siap buat announcement lagi tanya ade doctor tak dlm flight waktu tu..Aku nangis2 dah waktu tu, pastu pegi check up kt Ampang Puteri tp doctor kata xde apa2, mungkin fobia la tu…

Hubby aku ade masalah sinus and tiroid, tp dah wat operation dah pada tahun 2007 kt Hospital Tung Shin. Tapi masalah Ear, Nose and Throat ni tak pernah cure even dah buat operation. Hubby aku ada lagi masalah selsema. Doctor advise banyakkan exercise dan jaga pemakanan. Aku doakan semoga suamiku selamat pergi dan kembali serta sihat sentiasa.

Labels: