Terpaksa juga topup Formula Milk!!!


Aku masih lagi dalam mood kesedihan ni kawan2, memang aku kecewa, sedih dan terkilan!!! Sebab aku terpaksa bg Adam formula milk bermula semalam selepas jiranku (kak wan) a.k.a pengasuh anak2ku datang ke rumah ku semalam. Actually mmg kak wan selalu dtg rumah aku utk berborak2. Kemudian terkeluarlah cerita yg Adam tak cukup susu, mmg heran jugak sebab sebelum ni bila aku tanya kak wan kata susu cukup je..Then bila cerita tu keluar, aku terkejutla..sebab Adam dh start makan nestum, nasi dan solid food, macam mustahil je klu tak cukup..Ntahla, dengan rasa berat hati aku pon ke Manjaku semalam cari susu utk setahun ke atas, then aku amik Dutch Lady 123 perisa Honey...Then aku try bg sebotol kt adam dlm sukatan 4oz, mmg LICIN without vomit..wahhh mmg lapar kot anak aku ni...

Tapi suamiku, kakak dan adikku memujuk, mgkn benar kata kak wan Adam tak cukup susu, baby boy mmg kuat makan kan, takpela perjuangan setahun dengan susu ibu dh pon aku capai kelmarin 14hb February 2011. Tp aku masih lg menyusukan Adam, pagi ni aku bekalkan 3 botol susu x 4oz...Moga Allah permudahkan perjalanan penyusuan susu ibu ini. Hari ini mood mcm sedih lagi, tp takpela ade rezeki Adam lagi...

Labels: