Sabar dalam mendidik anak2

Kata2 ni untuk aku sendiri, reminder supaya lebih bersabar dlm mendidik dan mengajar anak2. Malam tadi pas maghrib adalah masa utk anak2 mengaji dan membaca. Najiha 4 tahun, baru mengenal huruf alif hingga jim. Pandai tulis huruf A hingga F, O, P Z which is pencapaian yg baik pada Najiha. Najiha karakternya suke menangis dan mengamuk kalau kita tegur, Najwa pulak lebih penyabar dan senang nk tangkap apa yg kita ajar.

So nk ajar Najiha memnag kene byk sabar. Ulang2 byk kali, semalam sambil Najiha main beskal boleh dia pegang IQRA' tu smbil menghafal, waktu tu aku sidai kain, sejuk hati aku tengok. Aku pujuk hati supaya jangan membezakan kebolehan anak2, masing2 ada keupayaan dan kebolehan sendiri. Aku kene byk sabar coz hari2 suami balik lambat, so peranan aku berat dan perlu byk bersabar dlm mendidik anak2.

Jangan mengeluh coz Allah dah tentukan rezeki masing2. Aku pujuk hati jgn marah atau membebel kalau suami balik lambat. Suami aku bangga dgn aku hehehe, dia kata ye bukan aku yg kate. Sebab kalau dia tgh diskus ngn bos dia (waktu tu jam 8/9 malam) mesti isteri bos dia kol suh bos dia balik awal, husband aku bangga coz aku tak kol pon hehehe.,,,bukan sebab aku marah, tapi waktu tu mungkin tgh layan citer Gemilang, Asmara, Mantera Anjasmoro, Raja Lawak atau lain2 citer kt TV..hehehhehe lawak je bang, jgn mareee....

Labels: