Bersamamu malam tadi menyayat hati ini...

Aku suke jugak tengok Slot Bersamamu ni..Bukan apa, memberikan keinsafan pada kita yg sihat dan hidup yg boleh dikatakan selesa ni, cukup makan dan cukup pakai. Biar kita dan anak2 tahu, ada org lain yg lebih menderita dan sengsara daripada kita. Kita hari2 mengeluh dengan pelbagai alasan dan sebab tanpa kita muhasabah diri sendiri tentang keperitan hidup org lain yg jauh lebih menderita dari derita kita sendiri.

Tapi slot mlm td memang menyentuh hati naluri seorg ibu dan seorg anak. Memang sedih sgt2. Even aku tengok pon dah 15 minit terakhir tp anak tu dapat menjatuhkan airmata aku ni. Ya allah aku doakan moga tempatnya di syurga. Dia seorg anak yg baik dan meninggal pula pada hari Jumaat sebelum solat Zuhur.

Jangan lupa untuk menderma pada yg memerlukan, dan tunaikanlah zakat, tidak rugi apa pun kan. Malahan rezeki kita menjadi lebih berkat. Wallahualam....

Labels: , ,