Confirm husband aku pindah ke Perak!!!!

Allahuakbar…tak hilang lagi sakit di pinggang, husband aku dikhabarkan akan ditugaskan utk menjaga projek sekolah di Gopeng dan Ipoh, Perak. Baru je hubby kol td. Baru dapat LA dari KPM..Secara rasminya hubby aku kene berada di sana pada 29 April 2011 ni, bermakna kene berpindah di sana lebih awal sebab nk set-up site sana...Allahuakbar nak sedih ke nak gembira ni? Gembira sebab hubby dpt elaun tambahan, maknanya duit poket aku pon bertambah hehehhe, tp sedih sebab tinggal aku dgn anak2 jela kt rumah selama 1 tahun setengah.

Memang Gopeng dan Ipoh dekat je ngan KL, perjalanan 2 jam tu..tp takkan tiap2 minggu hubby nak berulang kan. Aku bernasib baik sebab ade lagi org lain yg tak jumpe org tersayang smpi berbulan2 disebabkan bekerja di tengah lautan, faktor jarak terlalu jauh sehingga membataskan utk berjumpa lebih kerap.

Akhirnya berita ini benar juga, sebab sejak tahun lepas hubby aku nak ditugaskan di sana tp LA dari KPM tak keluar lagi, sehinggalah Adam dh setahun 2 bulan ni, berita itu PASTI akhirnya!!! Moga Allah kuatkan mental dan fizikalku utk menjaga anak2ku dan menjalani ibadah harianku..amiinnn

Labels: ,