Gempa Bumi dah nak sampai ke Seri Gombak!!!!

Jangan terkejut ye dgn entri ini, berita ini mmg tiada kesahihannya sbb sumber ini aku dapati dari sumber yg mmg tidak boleh dipercayai. Kita ikuti temubual aku bersama sumber berita ini.

Ibu : Apa citer kt sekolah hari ni Najwa?
Najwa : Ha!!! Gempa bumi dah nak sampai Seri Gombak ibu…
Ibu : Yeke Najwa? Sapa cakap??
Najwa: Kawan najwa, dia kata kalau gempa bumi tu datang, kita semua kene pegang pokok kelapa…
Abah: Kenapa kene pegang pokok kelapa? Kalau buah dia hempap kepala tak ke naya????
(sambil ibu dan abah gelak2 kan Najwa)
Najwa : Yelah betul kene duduk bawah pokok kelapa la….

Hahahhaa sekadar selingan di petang hari, sampai hari ni aku still senyum2 kambing lagi bila tingat citer Najwa ni…Dah besar kan, seronok diajak berbual bersama hehehehe..Maaf kalau ade yg terkejut ye..nak berkongsi citer lawak sahaja, mintak dijauhkanlah hendaknya...

Labels: ,