Glamornya Cikgu Shida tu ye


Aku dh lama jugak mengenali Cikgu Shida ni, bukan secara peribadi tp sejak menonton Video miming beliau yg femes tu di You Tube...paper Metro Ahad hari ini ade citer pasal cikgu ni, front page tu coz video tu telah ditonton lebih dari sejuta kali...Rozhida Abd Aziz ni berumur 30an, dia cakap saje je buat miming ni dan untuk suka2 je..

Persatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berkata tindakan cikgu shida tidak melanggar etika perguruan kerana ianya sekadar mencari hiburan sendirik je..Jadi tiada tindakan tatatertib yg dikenakan kepada beliau. Ia lebih kepada kebebasan individu mencari hiburan sendiri dan pada masa yg sama berkongsi minat dgn org lain..

Hmmm anyway utk cikgu shida dan kpd sesiapa sahaja yg ingin berkongsi minat sebegini tidak salah jika ianya tidak melanggar hak2 peribadi dan masih mengikut landasan yg betul..hhmmm aku pon nak miming gakla hehhehe, mcmla ade org nk tgk video aku ni hehehhe...

Labels: ,