Survey tadika islam utk Najiha..

The Little Caliphs

Najwa aku masukkan ke Tadika Islam Saidina Abu Bakar As-Siddiq Seri Gombak sejak tahun lepas lagi, iaitu ketika dia berusia 5 tahun. Skrg ni aku gembira dgn perkembangan Najwa Alhamdulillah. Bacaan dalam solat dan surah2 pendek dh boleh dikatakan lengkap even tajwidnya masih perlu diperbaiki. Pencapaian akademik jugak agak boleh dibanggakan exam mid year dpt no. 1, final year dpt no. 3, itu tahun lepas la, exam tahun ni tak taula mcmana. harap2 maintain dan lebih baikla hndknya..

Najiha pulak aku berkira2 nak hantar ke The Little Caliphs di Seri Gombak. Dalam anggaran RM970 untuk pendaftaran dan RM210 untuk yuran bulanan, tambah lagi RM35 utk van sekolahnya. English medium ye, ha tu diahhh...ibu abah ada ajar sikit2 jek kt umah, harap2 Najiha boleh catch up la nnti..

Bukan untuk membangga diri dgn menghantar ke skola private, tp rasa menjadi satu keperluan utk parents yg mampu utk memberikan pendidikan terbaik utk anak2. Tadika PASTI pun lebih kurang RM120 sebulan, tp jauh sikit dari umah aku, van pon tak sure pegi sana ke tak.

Setakat ni aku tak kol lagi Tadika The Little Caliphs ni, just survey2 kt member opis aku yg dh anta anak dia kt sini. Bukan apa senang leh ibu abah simpan utk utk pendaftaran skolahnya nnti. Kalau simpan RM200 sebulan sampai hujung tahun ni, cukup dah tu, org kata sikit2 lama2 jadi bukit.

Labels: ,