Pentingkah jantina anak kita???...

Anak2 ibu

Baiknya suapkan adik makan

Barulah kak long makan pulak

Sudah menjadi lumrah kita akan bertanya kpd kawan2 atau sedara mara brp org dah anak masing2 kan?? begitu juga aku...bila diorg tanya, anak berapa? lelaki ke perempuan?? umur brp??...aku bersyukur dikurniakan tiga org cahayamata yg comel dan behave..

Aku ingat lagi semasa disahkan mengandung anak perempuan keduaku iaitu Najiha...Kawan suamiku ade berkata..'Anak perempuan lagi?????' ko tak power la beb!!!! Nak je aku tampar mulut lelaki tu...bukan kerja kita nak menentukan jantina anak ni, semua kuasa Allah, apa yg kita dapat itu rezeki terbaik buat kita....

Semasa nak conceive Adam, aku dh baca petua dan cara nak mendapatkan anak lelaki, dari segi pemakanan dan gaya 'persembahan', semuanya aku kaji dan teliti, doa juga tak putus2 aku panjatkan kpd Ilahi agar segala usahaku dimakbulkan oleh-Nya...

Alhamdulillah aku menangis kegembiraan bila doktor sahkan aku hamil anak lelaki, waktu tu 4 bulan, setiap kali check up aku tidak ditemani suamiku sebab suamiku busy dgn kerja hariannya...Suamiku tak percaya bila aku katakan aku hamil anak lelaki, sehinggakan aku suruh doctor scan dan zoom pada 'bird' adam dan print image tu utk dibawa pulang dan tunjukkan pd suamiku...Alhamdulillah doaku dimakbulkan...

Sebenarnya tidak kira apapun jantina anak kita, yg penting cara kita mendidik mereka kan??? kalau elok acuannya maka baguslah hasilnya...jgnlah pentingkan atau membanding2kan sesama mereka sebab keperibadian mereka mencerminkan sahsiah kita jugak...

Labels: