~~Kek Batik Biskut Marie Sweet Family~~

 Hasilnya taraa

Huishh namanya mmg pjg tapi hasilnya sama je dengan kek batik yg lain hehehe...semalam terasa nak makan so buatlah mengikut citarasa sendirik, dah lama tak buat smpi lupe sukatannya, bahan2nya tu masih ingat lagi..so mmg mudah membuat kek ini, semudah ABC dan 123...

Bahan2nya ialah
Telur ayam 2 biji
Nestum 1/2 cawan
Susu cair 1/2 cawan
Milo secawan
Serbuk koko 2 sudu
Marjerin 2 sudu
Air 2 cawan
Biskut marie sebungkus..
 
Telur di pukul kembang
 Masak atas dapur

 Curahkan ke dalam bekas

Gaulkan dengan biskut marie

Mula pukul telur sampai kembang, masukkan nestum, susu, marjerin, dan gaul rata2...kemudian panaskan air tadi dalam periuk dan masukkan bahan2 ni, biarkan mendidih smpi meletup2 mcm kawah gunung berapi tu then tutp apinya..

Tuangkan bahan2 tadi dlm periuk dan patah2kan biskut masuk ke dalamnya...Biarkan padat2 dan tekan2 skit...Bila dah sejuk masukkan kek tadi dlm peti ais, Taraaaaa mudah kan?? tak sampai 1/2 jam dah siap, tp semalam berjam2 jugaklah sebab Adam tolong jugak hehehhe...sebenarnya kalau tgk dlm internet byk cara dan bahannya kekdg lain2..tapi ini yg daku biasa buat dan praktikkan so daku sebati dgnnya..

P/S : Kalau rajin bagilah jiran rumah sebelah sikit, daku tak rajin nak bagi korang sebab jauh nak pos hihihihi...

Labels: