Tema Hari Kemerdekaan ke 54 tahun 2011



 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
Itu adalah tema Hari Kemerdekaan ke 54 tahun 2011
Sambutan Hari Kemerdekaan Negara kita, Malaysia 
biasanya disambut pada 31 Ogos setiap tahun. 
Namun sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 pada tahun 2011 
ini akan ditunda kepada tarikh 16 September 
yang diadakan serentak dengan Hari Malaysia.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, 
Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf, 
keputusan itu dibuat berikutan tarikh kemerdekaan 
kali ini jatuh pada penghujung Ramadan.
Lokasi sambutan Hari Kemerdekaan 2011 kali ini,
berkemungkinan akan diadakan di Dataran Merdeka.

Labels: