~ Dugaan dtg lagi | Redha ~

Kesian najiha

Dugaan demam chicken pox melanda lagi, setelah Najwa sihat, diganti dgn Najiha pula...aku tak kisah untuk bcuti tp yelah baru je balik cuti beraya, sambung cuti lagi, semalam sehingga besok, 3 hari!!!! Nak buat mcmana kan, yg sakit anak daku, berat mata memandang, berat lg bahu memikul....Cuti pon tinggal beberapa kerat je lagi...

Tiada siapa dpt menjaga selain diri ini yg perlu korbankan masa Dan tenaga, bukan mengeluh tp terbayangkan appraisal tahun ini, mmg byk dugaan, daku perlu muhasabah diri ini selain mengingatkan diri, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya...Antara langkah2 yang perlu diambil ketika menjaga anak2 CP ni ialah:~

1. Redha ;)
2. Sabar ;)
3. Kuat smgt (time2 ni diorg merengek gatal)
4. Rajin ( rajin bg ubat dan sapu krim seluruh badan )
5. Lap2 bdn diorg, org kata tak perlu mandikan
6. Jangan masak or menggoreng nnti CP tu pecah2 (tak sure tp daku x msk pon hihi)


7. Minum air kelapa (pesakit CP, tp maknya yg lelebih)
8. Baringkan atas daun semambu ( tak kenal daun ni )
9. Doa dan tawakal....amin

Labels: