Les' Copaque Bakal Muncul Dgn Siri Animasi Terbaru

Les’ Copaque bakal muncul dengan siri animasi terbaru yang lebih menarik dan berkualiti tinggi berbanding siri animasi Upin & Ipin sebelum ini.

OHBULAN! difahamkan “Pada Zaman Dahulu” merupakan siri animasi kedua yang dihasilkan oleh Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. selepas kejayaan siri Upin dan Ipin. Siri ini mempunyai 12 episod untuk ditonton dan ini bakal menjadi sebuah lagi produk yang akan membawa nama Malaysia di persada dunia.

Ia menjadikan kisah Sang Kancil sebagai medium hiburan dan pengajaran. Maka tidak hairanlah siri ini sangat sesuai di dalam menyampaikan mesej kepada kanak-kanak terutamanya dengan cara yang mudah dan menghiburkan.

Siri ini memaparkan tentang Aris dan Ara yang tinggal di kampung bersama Aki dan Wan. Terlalu biasa tinggal di bandar menyebabkan mereka sukar untuk membiasakan diri di kampung. Seperti kanak-kanak lain, Aris dan Ara juga nakal dan sering terlibat dengan masalah. Dari situ Aki cuba mendekati cucu-cucunya itu dengan bercerita kisah-kisah Sang Kancil agar mereka belajar dari kesilapan.

Untuk mengikuti perkembangan lanjut mengenai siri animasi yang akan di tayangkan di saluran Al-Hijrah ini, anda boleh melawat laman Facebook “Pada Zaman Dahulu” atau terus ke laman rasmi siri ini di PadaZamanDahulu.com sekarang.


Labels: ,