Raja Farah respon isu anak...

Ketika ditemubual OHBULAN! di Hartamas semalam, Raja Farah yang kelihatan semakin berisi berbanding sebelum ini dilihat bersama suaminya.

Ditanya jika dia sudah hamil, jawapan yang diberikan tak seperti yang dijangka.

“Kami masih mencuba mendapatkan anak, setiap kejadian mesti ada sebab. Sekarang masih tak ada rezeki lagi.” ujar Raja Farah.

Kehidupan selepas berkahwin yang berbeza juga menyebabkan masing-masing perlu membiasakan diri dan menjaga hati.

“Kehidupan selepas berkahwin amat berbeza. Kalau sebelum kahwin mungkin saya tak kisah, tapi sekarang semuanya perlu dikongsi bersama. Saya tak pernah larang Farah berlakon, tapi biarlah ada batasnya. Saya sendiri letakkan satu guideline untuk dia.” tambah Megat lagi.

Ketika ditanya mungkin ada isu lain yang menyebabkan mereka masih tidak mempunyai anak,

“Kami tidak mengalami apa-apa masalah, cuma menunggu rezeki dari tuhan je.” jelas Farah.

Raja Farah juga turut memilih dengan tawaran lakonan yang diberikan. Malahan, selepas Aidilfitri berakhir dia masih lagi belum mengikat kontrak dengan mana-mana produksi. Namun begitu, Raja Farah ada memberitahu bahawa dia dan suaminya ada perancangan untuk membuka sebuah perniagaan sendiri berunsurkan makanan.

Labels: