Chong Wei gagal atasi Lin Dan

DATUK Lee Chong Wei terkandas pada pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka China semalam.

Pemain No. 1 dunia itu tewas dalam perlawanan tiga set ke atas musuh utamanya, Lin Dan dari China.

Chong Wei ditunjuuk jalan keluar sele- pas tewas 21-19, 12-21, 11-21.

Meskipun bermula garang pada perlawanan tersebut, Chong Wei gagal mengekalkan momentumnya dan mudah melepaskan dua set berikutnya kepada lawannya itu yang ternyata berada dalam kelas tersendiri.

Keunggulan Lin Dan nyata sukar untuk digugat dan Chong Wei kini perlu merangka strategi baharu jika mahu terus melontarkan cabaran ke atas musuh tradisinya itu.

Ini merupakan kekalahan ketiga Chong Wei ke atas Lin Dan dalam tiga pertemuan terakhir mereka di pentas antarabangsa.

Bagi Lin Dan yang masih segar dengan kejayaan pada Terbuka Hong Kong pada minggu lalu pasti mahu meneruskan rentak cemerlang apabila bakal bertemu dengan rakan sepasukan, Chen Long pada perlawanan akhir hari ini.

Sebelum itu, Chen Long mudah mengatasi cabaran daripada pemain perseorangan Indonesia, Simon Santosa dengan kemenangan straight-set 21-14, 21-14.


Labels: