Dira Abu Zahar Dan Helmi Sah bergelar Suami Isteri dgn 3 kali lafaz

Tepat jam 4.16 petang tadi di Masjid Merlimau Pasir, Melaka. Pengacara Melodi iaitu Dira Abu Zahar sah bergelar isteri bersama pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusof dengan mas kahwin sebanyak RM7777.77. Mereka berdua telah dinikahkan oleh Imam Masjid Merlimau Pasir, Mat Yamin Long.

Menurut mStar, Dira menerima wang hantaran sebanyak RM17171.71 dengan sembilan dulang hantaran iaitu Ipad, beg tangan, kek, helmet, telekong, sejadah, sirih junjung, mas kahwin, cincin dan juga wang hantaran.

Disebelah lelaki pula, Helmi menerima 11 dulang hantaran termasuklah coklat, jam tangan, kek, helmet, Al-Quran, sejadah, MacBook, kurma, buah-buahan, kasut, baju, sirih junjung dan set kelengkapan diri.

Kedua mereka memakai baju nikah berwarna putih rekaan Anizam Yussof dan majlis resepsi kedua pasangan bahagia ini akan berlangsung pada 13 November ini di Kuala Lumpur.