Foto Kad Perkahwinan Zahiril Adzim Dan Shera Ayob

Seperti yang sedia maklum Zahiril Adzim yang terkenal dengan watak Daim dalam drama Juvana bakal menamatkan zaman bujangnya bersama, Shera Aiyob perlakon film Karak pada 20 November. Kali ini OHBULAN! memaparkan foto kad kahwin Zahiril untuk pihak sebelah lelaki pula.

Konsep Classic & Vintage telah dipilih untuk kad kahwin side Zahiril. Idea kad kahwin ini telah dicetuskan setelah pasangan ini selesai melakukan pengambaran pra perkahwinan mereka pada bulan September 2011 yang lalu. Pengambaran pre-wedding pasangan artis ini telah dijayakan bersama pihak Image Creative Studios & MHpictures. Pengambaran telah dilakukan di kawasan-kawasan terpilih sekitar kawasan Shah Alam & Puchong. Hasil daripada foto-foto pra perkahwinan ini, Zahiril mula mendapat idea untuk menerapkan konsep Classic & Vintage dalam kad kahwinnya.





Labels: