Fuh! Fuh! Moga dapat baby boy!!!




Oppsss ini kisah jiranku ye, daku stop production dulu wat masa ni :), dalam hati dan keinginan mahukan 4 orang cahayamata, tunggu Adam dan kakak2 besar blehla tambah lagi seorang....hahha citer pasal jiranla plak kan... Jiran sebelah kiri ni chinese, dah ada anak perempuan berumur 4 tahun, skrg ni pregnant 3 bulan. Baru je lagi peknen sebab dia kata dh lama mencuba, skrg baru ada rezki...





Jiran sebelah kanan pula Melayu, dah ada 3 org anak perempuan berusia 5 tahun, 3 tahun dan 2 tahun. Sekarang mengandung 7 bulan. Mereka berbeza dari segi bangsa dan agama, tapi punya keinginan yang sama. Ingin memperoleh zuriat atau anak lelaki. Daku doakan semoga doa mereka ini dimakbulkan dan mendapat apa yang diinginkan.

Buat yang masih belum punya cahayamata, ingatlah rezeki Allah beri dalam bentuk lain pula, kesihatan, rumah dan penginapan yang baik, perhubungan sesama insan yang baik dan punya mereka yang menyayangi kita walau belum pernah bersua muka. Tahniah buat rakan blogger kita NIEZZA dan FIZA yang disahkan hamil. Alhamdulillah ....


P/S : Entry auto publish, tuan umah kan pegi memanjakan diri di SPA, hehehehheh


Labels: