Hadiah buat cikgu Najwa


Najwa ada bgtau besok ada Majlis Perpisahan Guru dan Murid 6 tahun, daku pikir apa hadiah nak bagi cikgu najwa ni ye, teringat ada beli kerongsang sebekas di opis ku, ingat nk hadiahkan pada mak dan mak mertua, belum berkesempatan nk beri lagi..Apa kata ambil 3 ketul berikan pada cikgu kelasnya, mesti diorg pon suke, sebab perempuan dan kerongsang kan bagai isi dengan kuku heheheh..






Cikgu Najwa pesan, cikgu takmo coklat atau gula2, bagi cikgu hadiah lain, mesti ramai yg bagi cikgu tu cekelat, tu pasal diorg pesan awal2 tu...Budak 6 tahun apalah yang dimengertikan kan..hmmm takpela Najwa, jangan risau, ibu ada penyelesaiannya hehehhe...






Besok hari terakhir persekolahan, pasni jalan clear la kan, rasa bangga, sedih bercmpur baur. Gembira sebab Najwa dah selamat menghabiskan sesi tadika, sayu sebab terasa anak2 semakin membesar, tersentuh kerana anak2 semakin bijak berkata2...peneman borak ibu dia, peneman setia menonton cerita2 melayu, peneman ibu utk setiap waktu dan ketikanya...Alhamdulillah

Labels: , ,