Kad kahwin Zahiril Adzim (juvana) & Shera Ayob


Pelakon drama Juvana, Zahiril Adzim bakal menamatkan zaman bujangnya bersama hos Wanita Hari Ini, Shera Aiyob di kediaman pengantin perempuan bertempat di Ipoh pada 20 November ini. Majlis bermula seawal 9.30 pagi ini menyaksikan Zahiril Adzim akan melafazkan akad nikah diikuti dengan majlis persandingan pada waktu tengah hari pula.

Majlis persandingan akan berlangsung pada hari yang sama di Kinding Hills Grand Ballroom dengan anggaran jemputan berjumlah 1000 orang. Difahamkan, kedua-dua mempelai ini akan memperagakan baju rekaan Hatta Dolmat di hari berbahagia kelak.


Rakan-rakan di OHBULAN! teruja dengan konsep kad dimana ia boleh dipusing-pusingkan bagi memperlihatkan segala maklumat yang penting mengenai majlis mereka berdua. Selain itu, warna merah jambu menjadi tema sekaligus menyerlahkan lagi sisi lembut Shera Aiyob yang memang dikenali dengan gelagat manjanya.

Memetik kata-kata Zahiril Adzim kepada OHBULAN! tempoh hari, “Pada saya, apabila bergelar sebagai suami isteri, kita harus bersabar dan jangan mengeluh”. OHBULAN! mendoakan agar apa yang diidamkan oleh Zahiril Adzim & Shera Aiyob dimakbulkan Allah.

Labels: