Majlis Qurban (Part 1)






Pada hari Isnin, 11 Zulhijjah 1432H, jam 8 pagi, bermulalah majlis Qurban di rumah anak2 yatim spt yg telah daku war2kan mggu lepas, suasana pagi yg cerah mengindahkan lagi program pagi itu. Sebanyak 3 ekor lembu diqurbankan dengan bantuan staff di opis dan anak2 yatim yang mmg ringan tulang.

Aktiviti melapah lembu seterusnya memotong daging dan tulang berjalan dengan lancar walaupun hujan rintik2 selepas aktiviti sembelihan. Dengan adanya khemah yang didirikan di tengah padang kerja2 memasak kari daging, sup tulang siap sepenuhnya jam 11.30 pg, jangan terperanjat sebab Master Chef memanglah kaum Adam hihihi...Kaum hawa hanya memotong dan menyediakan bahan untuk menumis...

Cerita qurban akan bersambung kerana tuan blog pegi visit seharian di luar. Insya Allah Akan bersambung besok ye...Gambar di atas menggunakan instagram application using my cute IP huhu

Labels: ,