Nahas bas-lori di Slim River: 4 maut, 5 parah

SLIM RIVER 11 Nov. – Empat terbunuh dan sekurang-kurangnya 5 cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah bas rombongan sekolah dengan sebuah lori pasir di KM 382, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Behrang dekat sini empat pagi tadi.

Bas terbabas ke bahu jalan lalu terbalik sebelum dirempuh lori pasir dari arah belakang.

Bas dari SMK Air Merah, Kulim, Kedah dalam perjalanan ke Genting Highlands.

Mangsa yang maut adalah seorang guru, Siti Hajar Ahmad; dua pelajar Khairul Anuar Azhan, 15, Maisara Zaidi, 15; dan seorang awam yang membantu mangsa yang identitinya belum dikenal pasti. - Utusan

Labels: ,