Kisah Hati, Beribu Sesalan Antara Top 5 Layak Ke AJL 26

SHAH ALAM:Lima lagu yang mendapat markah tertinggi pada minggu pertama peringkat separuh akhir Muzik Muzik 26 dijangka layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-26.

Lagu tersebut adalah Kisah Hati ciptaan sepenuhnya oleh Manusia Putih dan dinyanyikan oleh Alyah, Mata Hati (Audi Mok/ Nubhan), Beribu Sesalan (Kevin Chin/ Tinta/ 3 Suara), Awan Nano (M. Nasir/ Budi Hekayat/ Hafiz) dan Gadis Semasa (Yuna).

“Segala keputusan juri adalah muktamad dan kita mempertandingkan lagu dan bukannya penyanyi.

“Juri memilih lagu yang terbaik dan bukan yang popular. Misalnya lagu Kisah Dongeng nyanyian Stacy mendapat sorakan gemuruh, tetapi lagu itu tidak mempunyai rezeki untuk tersenarai dalam lima lagu mendapat markah tertinggi,” kata penerbit Muzik Muzik 26, Nurhul Huda Khalid selepas acara tersebut berakhir di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, Jumaat malam.

Labels: ,