Wajah Terbaru Anak Sulung Serina Redzuawan

Inilah wajah terbaru, anak sulung pelakon Serina Redzuawan iaitu Tristen Tareef yang kini sudah berusia satu setengah tahun.

Seperti yang dapat dilihat dan seperti telah diakui Serina Redzuawan sendiri, anak daripada hasil perkahwinannya bersama Gavin Edward O'luanaigh itu sememangnya sangat rapat dengan Datuk Chef Wan.

Jika berkesempatan bertemu, Datuk Chef Wan lebih gemar memanjakan cucunya itu membeli-belah pakaian yang dikatakan sebagai salah satu aktiviti kegemaran Tristan setiap kali berpeluang keluar bersama-samanya

Malah, lihat sajalah gelagat Tristen bersama Datuk Chef Wan yang telah dirakamkan ketika duta masakan itu menghadiri sesi penggambaran sebuah iklan tidak lama dulu. Singguh lasak dan comel sekali.

Portal murai.com.my juga dimaklumkan bahawa Datuk Chef Wan akan menghabiskan sekurang-kurangnya setengah hari bersama cucu sulungnya itu untuk setiap kali berpeluang bertemu.

Malah Tristen khabarnya sudah pandai memanggi Datuk Chef Wan dengan gelaran atok dan turut bijak memanggil ibunya dengan panggilan mummy, manakala ayahnya dengan panggilan daddy.

Sementara itu, dalam waktu terluang Serina Redzuawan dan suaminya akan sentiasa membawa Tristan berenang di kolam renang pada setiap hujung minggu bersama-sama.

Serina kini sarat menghamilkan bayi keduanya yang dijangkan akan melahirkan bayi perempuannya itu pada Januari depan.


Labels: