Walaupun Tewas, Semangat Mereka Patut Dipuji!!!


Tetap boleh dipuji! Walaupun tewas 0-2 kepada Syria dalam perlawanan kedua pusingan akhir kelayakan Sukan Olimpik semalam, skuad bimbingan Ong Kim Swee berjaya mempamerkan satu permainan baik di hadapan 20,000 penonton walaupun beraksi dalam keletihan selepas pulang membawa balik pingat emas dari Jakarta, dua hari yang lalu.

Jika tidak kerana masalah kecederaan pemain dan aksi Sukan SEA Indonesia, Malaysia mungkin dapat menghadirkan saingan lebih bermakna kepada pasukan pelawat yang dilihat hanya bergantung kepada kekuatan fizikal semata-mata sepanjang perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Apapun game malam tadi memang best pada pandangan daku, walaupun duk alih2 tengok Masterchef kih kih kih...Lagipun baru pas main Sea game kan, letih tu masih terasa lagi...Apapun tahniah buat Skuad Harimau Malaya!!!

Labels: