Agenda hari ini | Tuan blog cuti

Hari ini daku bercuti sebab pengasuh a.k.a jiranku ada medical check up di HKL, so arini daku nak settlekan macam2 agenda tertangguh hehehe...nak pegi skola SK Sri Gombak 1, nak settlekan pembelian buku skola Darjah 1 Najwa, nak pegi klinik sebab anak2 sesema batuk lagi, nak pegi bank in duit SSPN anak2... Ok cukup 3 agenda dulu sebab pegi dengan anak2 bertiga ni bleh tahan kerenahnya.. Dah pujuk hubby cuti tapi biasalah jawapannya meeting, banyak keje...

Adam dah besar so bleh duduk sendiri dalam kete, destinasi yang ktorg nk pegi pon x jauh so daku pasti anak2 behave dalam kete, amiinn hihi...Najwa Dan Najiha dah daftar SSPN, Adam nak didaftarkan arini kt Maybank Sri Gombak ni, korang dah daftar SSPN anak2?, submit form and deposit serendah RM20 dah bleh daftar dah, nanti dapat kad SSPN tu dah bleh bank in duit dgn mudah...

Itu sahaja setakat hari ini...;)

Labels: