Agihan ASB 2011 8.80 sen

Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Pada tahun lalu, PNB mengumumkan agihan pendapatan ASB sebanyak 7.50 sen seunit manakala bonus pula sebanyak 1.25 sen seunit.

Semua urus niaga ASB ditangguhkan mulai 21 Disember ini sehingga 2 Januari 2012 bagi tujuan pengiraan agihan pendapatan dan bonus.


Labels: