Bertemu Upin Ipin di Muzium Negara

 
Adam yang malu2

Ahad lepas bertempat di Muzium Negara, Kuala Lumpur, berlangsungnya Pameran Khazanah Kapal Karam dan sememangnya ada persembahan Upin dan Ipin juga. Setibanya di sana jam 10 pagi kebetulan Upin Ipin baru memulakan persembahan mereka. Berlarilah anak2 dan ibu abah dia hahahha...excited dengar lagu diorg berkumandang. Kami tak tahu nak bawak anak2 kemana, last teringat Upin Ipin ni tu yang terjah tu hehehe...


 
Anak2 yang malu nak ke pentas

Apalagi bila mascot watak kartun ini berada di pentas, anak2 memang terpegunlah kan, mana taknya selama ni tengok dalam TV9 jek, tetiba arini dapat tengok diorang secara live pulak. Adam lah yang paling happy sebab dia punya excited tu sampai terpeluk kaki orang lain yang dipikirkan abahnya hihihi...


 
 Tengokla berkali2 disuruh naik pentas tapi malu

Waktu di pentas ni semua kanak2 diminta menari mengikut rentak lagu chicken dance yang femes itu, anak2 kami yang malu2 kucing ini sekadar memerhatikan dari tepi stage jek..takpela janji kamu orang happy kan...malu tapi mahu aisehhh hehehe


 
 Abah duk cakap "pergilah..pergilahh" ehehehe

Apapun semua orang teruja hari itu, pandai mereka menggembirakan anak2 yang memang meminati watak kartun ini. Banyak juga acara disediakan untuk kanak2 seperti sesi jawab soalan, tiru gaya watak upin ipin dan pertandingan mewarna. Tapi anak2ku tak join sebab mengejar masa nak masuk ke dalam muzium pula.


 
Ipin yang sporting!! peace!!!

Rasa nak peluk2 je mascot tu hehehe, ibu dia yang sibuk duk tolak2 anak2 pegi ke tengah stage supaya join menari chicken dance, apa nak buat masing2 malu hehehe...Kalau ibu naik skali menari atas stage sure masuk paper hari ini hihihi....


 
 Ha kan ibu dia yang lelebih kan hehehe

Apapun hari minggu yang best sebab merealisasikan impian anak2 bertemu dengan kartun kegemaran diorang ni...

  
We lurve upin ipin 

Bagi yang belum berpeluang berjumpa dengan Upin Ipin, pameran ini masih ada di Muzium Negara sehingga 31 Disember 2011.

Labels: ,