Gelagat Najwa di Orientasi Darjah 1

Najwa anak ibu dah besar, Alhamdulillah dah sekolah darjah 1, tiba2 ibu jadik sebak...ishh bukannya tengok citer Ombak Rindu nak sebak2 kan? hehehhe...bukan apa rasa sayu tengok anak dah sekolah, makin hari anak2 makin membesar rindu pula pada kenangan masa kecil mereka. Jadi hari ini jam 10 pagi - 12 tghari merupakan sesi Orientasi Darjah 1 sesi 2012 bagi SK Sri Gombak 1.

Lihat sahajalah gelagat anak2 ini, bagi yang sudah biasa ke Tadika mesti dapat menyesuaikan diri kan, kadang2 ada juga anak2 yang masih rasa tidak yakin tanpa ibu bapa di sisi. Masa di tadika murid mungkin tak ramai kan, so rasa secure dengan jagaan guru2. Bila masuk alam sekolah rendah, suasana berlainan dengan bilangan murid yang ramai dari pelbagai peringkat usia.

Najwa memang tak sabar nak ke sekolah, ibu harap semoga anak ibu rajin2 belajar dan mendapat didikan dengan mudah dan terang hati. Hari ini ibu rasa ibu semakin tua, anak2 ibu dah besar2...Semoga kita semua dipanjangkan umur untuk melihat kejayaan anak2 ini.

Ibu dan abah serta adik2 bangga terhadap mu sayang Najwa!!!!!

Labels: , , ,