Imbasan Pendaftaran Tadika Lil Caliphs Sri Gombak






Heheheheh tajuk tu tak bleh blah jugak. Sabtu lepas bertempat di Tadika Lil caliphs Sri Gombak telah berlangsungnya sesi pendaftaran murid2 tadika. Najiha insya allah menginjak usia ke 5 tahun next year. Kalau dulu Najwa bersekolah di Tadika Saidina Abu Bakar (TISAAS), kali ini Najiha di sini pula. Dua2 pun tadika islam, tp daku and hubby nak tengok perbandingan kedua2 tadika ni, boleh? jadi bahan experimen plak ehhehe..




 Bersemangatnya Najiha ^_^

 Kak Long memberi tunjuk ajar


Yang penting anak2 dapat didikan agama dan pendedahan awal pembelajaran, kami tak expect more than that, kalau baik semuanya, Alhamdulillah...Najiha seronok dan teruja setibanya di Lil Caliphs. Yuran tahunan RM1,045, manakala monthly RM210. Waktu belajar dari 8.30 pagi hingga 12.30 tghari. 4 jam belajar seperti yang diselaraskan oleh pihak Kementerian.

Size L baru selesa hehehe

Kalau ikutkan yurannya RM995 sahaja, tapi uniform dapat sepasang je, rasanya memang kene beli lebih sebab nak ganti2 kan, so daku tambah lagi RM50 utk sepasang uniform so tu yg jadi RM1,045 tu. Waktu try baju ni daku amik size M, tapi TAK MUAT hehehhe, cian anak ibu, size L tu memang sesedap rasa dan still ada lebihan lagi ruangnya. Daku guna khidmat van sekolah untuk hantar dan amik Najiha pulang dari tadika, dengan bayaran RM35 sebulan. Dah biasa dengan van ni sebab Najwa dulu pun naik van yang sama ke TISAAS.


Ya Allah permudahkan urusan kami dunia akhirat amin

Pas abis daftar tu terus bergegas balik Pahang sebab ada kenduri kahwin my hubby's best friend. So next entry citer pasal kawin2 keh? hehehehhe

Labels: ,