Jalan utama sekitar Dataran Merdeka tutup Jumaat-Ahad

Beberapa jalan utama di sekitar Dataran Merdeka akan ditutup mulai 9 malam Jumaat ini sehingga 5 pagi Ahad (1 Januari 2012) depan sempena sambutan Tahun Baru 2012.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Ruslin Mohd. Noor berkata, penutupan itu bagi memastikan acara seperti pertunjukan pentas dan pertunjukan bunga api yang diadakan di Dataran Merdeka berjalan dengan lancar.

Katanya, penutupan jalan itu membabitkan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja, Jalan Hishamuddin/Jalan Raja dan Jalan Mahkamah Persekutuan. - BERNAMA

Labels: