Kempen Katakan #Taknak Merokok




Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kempen gaya hidup sihat, mengadakan pertandingan katakan #taknak kepada merokok bagi mewujudkan kesedaran semua. Tahukah anda bahawa asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah.

Daku bertuah kerana hubby bukanlah seorang perokok. Keadaan di rumah memang menenangkan kami. Cuma berada di luar rumah seperti di kedai makan, di ofis dan di shopping complex memang rasa tak selesa sebab ramai yang merokok ni tanpa pedulikan orang sekeliling. Lihatlah kesan akibat asap rokok terhadap :-

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri:-

1. Melahirkan bayi yang kurang berat badan
2. Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
3. Lebih terdedah kepada kanser
4. Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
5. Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak:-

1. Lebih mudah mendapat lelah
2. Mendapat jangkitan paru-paru
3. Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
4. Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
5. Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
 

Teruk kan??? Jadi marilah bersama2 menyahut seruan Kementerian Kesihatan bagi menghentikan gejala ini dan jom sertai kempen gaya hidup sihat ini bagi menyebarkan kesan buruk akibat merokok kepada perokok itu sendiri dan mereka yang berada di sekeliling yang mana boleh membunuh nyawa dan kebahagian semua. Ingatlah mereka yang tersayang. Nyawa tidak boleh ditukar ganti kan...Bagi korang yang nak sertai kempen photo contest ini amat mudah kerana just buat entry mcm ni dan boleh dapat duit free. Sekian...

Labels: ,