Keputusan PMR 2011 Terbaik Dalam Tempoh 4 Tahun

Tahniah kepada semua calon PMR 2011. Pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun lalu berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, berkata seramai 34,271 atau 7.77 peratus daripada 448,738 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) mencatatkan keputusan A bagi semua subjek iaitu peningkatan sebanyak 0.75 peratus atau 3,408 pelajar berbanding 2010.

Diharap dengan tercatatnya keputusan yang cemerlang akan merangsang pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan yang lebih besar dimasa akan datang. Apapun syabas buat semua!!!!


Labels: