Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) | 6 hingga 10 Disember



Persiapan untuk Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) Ke-11 yang akan berlangsung 6 hingga 10 Disember ini, sudah berada di peringkat akhir.

Jawatankuasa Induk LIMA '11 berkata, LIMA kali ini akan menjadi edisi terbaik sepanjang penganjuran sejak 1991, kerana peningkatan menyeluruh daripada aspek penyertaan pempamer, pesawat dan kapal.

"Pameran tahun ini menunjukkan peningkatan 25 peratus berbanding sebelum ini dengan penyertaan lebih daripada 400 syarikat pempamer dari 54 negara.

"Selain itu, penyertaan 26 pesawat dan 12 kapal perang laut luar negara menunjukkan peningkatan dua kali ganda berbanding penganjuran tahun 2009," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pameran LIMA yang dianjurkan dua tahun sekali ini mampu menjadi medan pertemuan pemimpin industri maritim dan aeroangkasa bagi merebut peluang perniagaan dalam industri tersebut di rantau Asia selain bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain.

Labels: