Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2012 Sabah & Sarawak

Permohonan online kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi tingkatan 4 pada tahun 2012 bagi sabah dan sarawak. Permohonan adalah terbuka kepada pelajar tingkatan tiga warganegara Malaysia yang layak untuk kemasukan ke MRSM tingkatan empat pada tahun 2012 di Sabah dan Sarawak.

A. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM:

Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah dan Sarawak.

Mendapat sekurang-kurangnya 5A 3B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR.

B. SYARAT-SYARAT MEMOHON SECARA ONLINE:

Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Sabah dan Sarawak dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Sabah dan Sarawak.

Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.

C. CARA MEMOHON KATA LALUAN:

Pemohon boleh mendapatkan kata laluan di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARADaerah dan Maktab Rendah Sains MARA yang berdekatan pada waktu pejabat pada harikeputusan PMR diumumkan secara rasmi.

Sila bawa salinan kad pengenalan serta keputusan PMR, yang disahkan benar, semasamendapatkan kata laluan.

Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonanonline serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.

Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat dibawah:
Permohonan Ke Tingkatan Pengarah,Bahagian Pendidikan Menengah,Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,21, Jalan Raja Laut,50609 KUALA LUMPUR.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 5 Januari 2012.
Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnyapada 10 Januari 2012.

Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari. Sekiranya pemohontidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2012 permohonan anda dianggap tidakberjaya.

Labels: