Sanggup berbaris panjang demi iPhone 4S

Kemunculan telefon pintar terbaru keluaran Apple Inc., iPhone 4S yang mula menembusi pasaran negara ini mencetuskan fenomena apabila orang ramai sanggup beratur panjang bagi mendapatkan gajet tersebut hari ini.

Biarpun mula dijual pada pukul 12.01 tengah malam ini, beratus-ratus penggemar gajet tersebut mula beratur seawal pukul 2 petang ini supaya tidak terlepas peluang menjadi antara pelanggan terawal memiliki telefon yang disifatkan tercanggih pada abad ini.

Telefon pintar terbaru keluaran Apple itu mempunyai tiga versi iaitu dengan storan 16 gigabait (GB) pada harga RM558, 32GB (RM878) dan 64GB (RM1,188) dan ditawarkan dengan pakej kontrak menarik untuk para pelanggan Celcom.

"Walaupun waktu untuk berbaris bermula pukul 9 malam, saya datang awal supaya tidak perlu menunggu lebih lama untuk mendapatkannya," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran iPhone 4S Celcom Axiata di pusat beli-belah Bangsar di sini hari ini.


Labels: ,