Scha Al-Yahya Akui Bakal Kahwini Awal Ashaari Pertengahan 2012

PELAKON Scha mengakui walaupun sentiasa sibuk apabila kerap ke luar negara untuk penggambaran filem dan program TV, tetapi persiapan perkahwinannya tetap diuruskan. Belum ada tarikh muktamad, namun Scha dan kekasihnya, Awal Ashaari dijangka disatukan dalam ikatan suami isteri pertengahan tahun depan.

“Memang terlalu ramai bertanya soal perkahwinan kami, tapi saya dan Awal tidak akan membohongi sesiapa. Belum ada tarikh ditetapkan, tetapi kami merancang melangsungkan majlis pernikahan pertengahan tahun depan. Kami belum sempat ikuti kursus perkahwinan, mungkin dalam masa terdekat ini.

“Saya dan Awal tidak merancang mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran, kami hanya mahukan acara ringkas dan sederhana, tiada istilah `wedding of the year’. Apa yang penting, soal persediaan saya ke arah fasa baru dalam hidup.

Perkahwinan mungkin nampak seronok tetapi perlukan persediaan mental dan fizikal. Apabila dua dunia menjadi satu, bagaimana corak kehidupannya. Saya dan Awal kena belajar banyak perkara apabila mahu berkongsi hidup,” katanya.

Labels: