Semakan Keputusan PMR 2011 Secara Online Dan SMS

Keputusan PMR 2011 dijangka akan dikeluarkan pada minggu ketiga bulan Disember 2011. Walaubagaimanapun, maklumat ini hanya lebih kepada khabar angin sahaja kerana tarikh rasmi akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kemudian nanti.

Banyak khabar-khabar yang mengatakan bahawa keputusan penuh PMR 2011 akan keluar pada 22 atau 23 Disember 2011. Jadi, kepada adik-adik yang tak berapa nak sabar, tunggu kata putus atau pengumuman dari Kementerian Pendidikan Malaysia dulu yer.

Calon pelajar PMR boleh semak keputusan PMR 2011 secara online SMS menerusi sistem pesanan ringkas mySMS.

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN PMR 2011 SECARA SMS:

Taip PMR ANGKA GILIRAN dan hantarkan ke 15888
Contoh : PMR PK030L074

CARA SEMAK KEPUTUSAN PMR 2011 SECARA ONLINE:

Keputusan peperiksaan PMR 2011 boleh juga disemak secara online. Jadi ibu bapa boleh semak keputusan PMR 2011 anak-anak secara online dengan menggunakan perkhidmatan ini.

Caranya seperti dibawah :

Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my
Klik butang Semakan Ibu Bapa yang bewarna merah.
Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.



Labels: ,