Sinopsis Drama Gemersik Kalbu Di Slot Akasia TV3

Drama Tentang Dhia sudah sampai ke minggu yang terakhir bermula malam ini dan bermula daripada 2 Januari 2012, drama terbaru akan mengisi slot Akasia TV3 iaitu Gemersik Kalbu. Gemersik Kalbu yang menampilkan lakonan hebat Aqasha, Ayu Raudah, Fazreen Rafi, Anzalna, Dian P.Ramlee, Rahim Jalani dan Khatijah Tan.

Sinopsis Drama Gemersik Kalbu

Mengenai kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil selepas ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis itu dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya.

Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati? Jangan lupa menantikan Gemersik Rindu yang akan disiarkan mulai 2 Januari 2012 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam.

Labels: