Talian hotline Bantuan RM500 | 1-800-22-500

Kementerian Kewangan Malaysia telah menyediakan satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia, sebanyak RM500.

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu berkata, talian bebas tol 1-800-22-500 itu akan mula beroperasi esok atau orang ramai boleh emel kepada belanjawan2012@tresury.gov.my.

Waktu operasi talian hotline ini bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang, sepanjang hari bekerja.

Belanjawan 2012 yang dibentangkan baru-baru ini memperuntukkan bantuan RM500 akan diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah mulai Januari 2012. – Bernama

Labels: