Wang Kertas dan Duit Syiling Malaysia 2012 | Cantiknya


Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan Wang Kertas dan Duit Syiling Malaysia siri baharu. Wang kertas siri keempat ini akan mula berada dalam edaran pada suku kedua tahun 2012 manakala wang syiling baru pada awal tahun 2012. Kedua-dua wang kertas dan syiling edisi baru ini akan bertemakan ‘Keunikan Malaysia’.

Wang Kertas Baru Malaysia siri Keempat

Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk wang kertas Malaysia siri terbaharu ini. Dengan tema ‘Keunikan Malaysia’, siri keempat wang kertas Malaysia ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi.

Denominasi Tema Ikon
RM100 Keindahan Alam Semula Jadi Gunung Kinabalu dan pembentukan batu mercu batu kapur di lembah Gunung Api dalam Taman Negara Mulu
RM50 Pertanian dan Teknologi Kelapa Sawit dan BioteknologI
RM20 Hidupan Laut Penyu Karah dan Penyu Belimbing
RM10 Flora Rafflesia Azlanii
RM5 Hidupan Liar Burung Enggang Badak
RM1 Sukan Tradisional Wau Bulan


Menariknya, wang kertas RM20 kembali diperkenalkan dalam siri Keempat ini tetapi tidak bagi wang kertas RM1000 dan RM500. Namun, ianya sudah cukup untuk memberikan variasi kepada ekonomi rakyat 1Malaysia.


Wang Syiling Baru Malaysia siri Ketiga

Denominasi
Ikon
50 sen
Sulur Kacang
20 sen
Bunga Melur
10 sen
Motif Orang Asli
5 sen
Destar Siga

Wang syiling edisi baharu
Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Juga dengan tema ‘Keunikan Malaysia’, reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.

Dapatkan Wang Kertas dan Duit Syiling Peringatan edisi Baharu

Orang ramai boleh membeli wang kertas peringatan di kaunter mulai Khamis, 22 Disember 2011 manakala bagi Duit Syiling Peringatan siri baharu boleh dibeli sejak 26 Julai 2011 lagi di:

Labels: