Aaron Aziz Cedera Di Lokasi KL Gangster 2

Terkejut bila dengar pelakon kacak, Aaron Aziz mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem sekual KL Gangster semalam.

Dengarnya, Aaron Aziz telah mengalami kecederaan ketika menjayakan babak dilanggar kereta. Malah difahamkan juga Aaron Aziz telah melakukan babak aksi tersebut tanpa mahu menggunakan khidmat pakar lagak ngeri atau stuntman.

Menurut sumber, difahamkan Aaron Aziz telah tersalah landing, lantas menyebabkan dia mengalami kecederaan lalu dikejarkan ke hospital.

Namun daripada hasil imbasan X-ray yang diterima, tiada kecederaan kronik dialami pelakon yang membawa watak Malek itu, cuma badannya saja lebam-lebam dan sakit.

Malah doktor menasihatkan supaya Aaron memerlukan rehat yang secukupnya.

Bagaimanapun, besar kemungkinan dia akan sedaya upaya mahu memasuki set penggambaran semula kerana enggan menyusahkan pasukan produksi filem berkenaan.

Alahai, sungguh berdedikasi Aaron Aziz. Mungkin disebabkan itu juga dia sangat disukai ramai penerbit dan pengarah filem mahupun drama.

Semoga Aaron Aziz cepat sembuh dan dapat menjalankan tugasnya seperti biasa. Maklum sajalah, kini nama dan hasil lakonannya amat dinanti-nantikan.

Sumber : Murai.com


Labels: