Anak2 steady jek, ibu dia yang nangis *_*

Daku cuti lagi hari ini, mengajar Najwa pergi dan balik sekolah naik bas. Jemnya depan sekolah time nak balik tu usah katalah kan, hati ibu mana yg tak risau tgk anak2 mereka merentas motor dan kereta untuk naik bas...Najiha ok lagi sebab naik van depan pintu umah pengasuh dan balik cikgu tengokkan Najiha. Najwa yang daku risaukan.. Moga2 mereka selamat pergi dan pulang dari sekolah.

Anak2 memang seronok nak sekolah, tak nangis!!! Alhamdulillah, tapi ketahuilah olehmu anak2, ibu menangis sepanjang pulang dari menghantarmu ke sekolah, ibu risaukan kamu, mana pernah nak lepaskan kamu sendirian ke mana2 tanpa ibu, sesungguhnya ibu sayang walau ibu selalu marah2.

Ibu sayang kamu semua!!!! Moga Allah selamatkan perjalanan pergi dan pulang dari sekolah, moga terang hati dan lancar pertururanmu... Maaflah ibu memang sensitive.....*_*




Labels: , ,