Azam Tahun Baru 2012

Syukur Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk sama2 menikmati keindahan alam dan kehidupan berkeluarga di samping menjalankan segala ibadah umum dan khusus kita, sempena tahun 2012 ini tentu banyak muhasabah diri dan persekitaran yang diperlukan bagi memberi perbandingan antara sebelum dan selepas azam kita dilaksanakan. Apakah azam kita tahun 2011 dulu semuanya tercapai? Adakah ada azam 2011 yang dibawa ke tahun 2012? 

Tepuk dada tanyalah iman ye, uisshhh mcm ustazah Mashitah pula hehehhehe.....So just nak coretkan di sini azam2 yang akan dilaksanakan pada 2012 Insya Allah jika masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas di muka bumi ini.

Azam2 ku ialah :-

1. Mendidik anak2 menjadi orang berguna i.e. Najwa dah Darjah 1, Najiha tadika 5 tahun, Adam 2 tahun
2. Menurunkan berat badan ke 57kg, owh skrg 60kg, dah bertahun ni aju...owhhh hehehhe
3. Menjadi isteri solehah dan menjaga auratnya Insya Allah
4. Menjadi anak yang taat kepada emak dan membahagiakannya
5. Menjalinkan hubungan erat dengan adik beradik, saudara mara dan jiran tetangga
6. Menjadi pekerja yang rajin dan menjalakan tugasan mengikut peraturan i.e. peraturan dicipta bukan untuk dilanggar hahahhaha
7. Banyakkan bunga kat depan umah tu hehhee

Itu jelah dulu ek, kalau list panjang2 tapi tak berhasil tak guna jugek kan hehhehe...kawan2 pula apa ye azam tahun ini? semoga sama2 kita dipermudahkan untuk mencapai semua impian dan cita2 kita. Semoga Allah merestui dan melimpahkan rahmatNya kepada kita semua Insya Allah amiinnnn


P/S Salam tahun baru buat semua pembaca blog ini...PEACE YOO!!! hehehhe

Labels: ,