Beriadah di Dataran Putrajaya

 
Cer teka apa yang bercahaya tu? hehehe

Malam minggu kelmarin kami sekeluarga ke Putrajaya, kali terakhir pergi masa Pesta Floria yang lepas. Hubby saja nak bawa kami anak beranak menikmati pemandangan malam di sana. Selepas menunaikan solat maghrib di Masjid Putra, Putrajaya, mata terpandang Dataran Putrajaya yang luas ini. Sedang elok ajak anak2 bermain dan berlari tanpa sekatan. 


 
Anak2 suruh abah terbangkan mende tu

Anak2 ini umpama terlepas dari genggaman kuku besi ibunya hahahhaa...berlari sana sini, happy sangat dapat menggembirakan diorang. Beli permainan terbang RM5, berlampu dan terbang tinggi bila dilepaskan...Bermulalah adegan kejar mengejar adik beradik, Adam yang paling comel sebab terkedek2 je larinya...Tq abah, moment yang paling berharga buat kami..


 
Adam menunggu untuk berlari..hehehe

Seronok tak terkata sebab kami semua dah lama tak keluar malam2 ni, ada jugak duk ajak abah gi jenjalan ke KLCC melihat lampu2 dari dalam kereta. Tapi abah tak mahu bersesak2 di kotaraya yang sibuk tu.


 

Ramai yang datang meluangkan masa bersama keluarga di sini, bawak scooter kanak2 tu, berbasikal dan ber roller blade dan sebagainya. Pemandangan lampu2nya memang cantik sebab dari dataran ni bleh nampak jambatan Putrajaya tu..


 

Hari ini dan besok daku outstation ke Johor. Membantu usahawan2 bumiputera di sana. Ibu tinggalkan anak2 dengan jagaan pengasuh (jiran) dan abah ye...ibu rindu semua anak2 ibu...heheeh dah lama tak berjauhan dengan diorang, rasa rindu sangat2....

 
 Last but not least, mucuk ibu...

Labels: ,