Gambar Kad Kahwin Yusry dan Lisa Surihani

Seperti yang diuar-uarkan, 26 Februari sememangnya akan menjadi tarikh keramat bagi dua pasangan sensasi tanahair, Yusry & Lisa Surihani.

Baru saja tadi, kad kahwin Yusry & Lisa Surihani telah tersebar di beberapa laman hiburan tempatan dan apa yang dapat dilihat, kad itu tidaklah se-awesome status mereka berdua. Ya, mungkin Yusry & Lisa Surihani mementingkan kesederhanaan walaupun masing-masing memang mampu untuk membuat kad kahwin dari Ipad.

Majlis perkahwinan mereka akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, (PICC) dan apa yang menarik ialah tema pakaian hadirin hanyalah pakaian tradisional ataupun baju kebangsaan. Yusry & Lisa Surihani tetap mengekalkan ciri-ciri kemelayuan walaupun tetamu mereka pastinya datang dari seluruh pelusuk dunia.


Labels: