Kad Perkahwinan Ally Iskandar Dan Farah Lee



Tinggal seminggu sahaja lagi Farah Lee atau nama sebenarnya Nur Farahin Romli akan menjadi isteri kepada pengacara dan penerbit TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi. Kini, segala-galanya sudah siap disediakan bagi menempuh hari bahagia itu termasuklah kad undangan perkahwinan mereka.

Myartis yang sebelum ini pernah membuat pelbagai cerita menarik tentang hubungan Farah dan Ally, ingin mengambil kesempatan mengucapkan 'selamat pengantin baru' kepada pasangan serasi ini. Semoga perkahwinan itu nanti akan berkekalan hingga ke anak cucu memandangkan Ally mendapat seorang gadis yang cukup manis dan kuat imannya.

Berikut adalah serba sedikit biodata Farah dan Ally:

Farah Lee atau nama sebenarnya Nur Farahin Romli dilahirkan pada 12 Mac 1989 dan pernah menuntut dalam jurusan Mechanical Engineering di Universiti Inha, Korea Selatan. Pegangan Farah - Live for Allah. Die for Allah.




Ally Iskandar Mohd Mardzi pula lahir pada 13 Januari 1976 di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Gong Badak, Kuala Terengganu sebelum menetap di Petaling Jaya, Selangor. Merupakan anak kedua daripada 7 orang adik beradik. Beliau memiliki ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem dari University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat.

Labels: