Kebakaran Semalam Menghuru-harakan Jalanan

 
Kebakaran di Brickfields

Semalam kan kecoh kat berita tentang kejadian kebakaran di KL Sentral kan. Memang berdekatan dengan bangunan tempat kerja Cik Senah, Cik Senah bagaikan terpana sebab tak pernah2 jem teruk cenggini pepagi kat opis ni, tapi nasib baik member sama tempat parking tu SMS daku jalan Brickfields tutup so daku lalu jalan alternatif la gamaknya. Huisshhh masa daku lalu jam 8.00 pagi tu asap tebal masih menyelubungi tempat kejadian.


 
 Waktu ni jam 6.30 pagi (sumber Berita Harian)

Pihak bomba dengan gigih menjalankan tugas memasing mencari sumber air berdekatan bagi memadamkan kebakaran dari merebak ke bangunan Kondo di sebelahnya tu. So diorang panjat masuk dalam kondo tu dan pancut air keluar dari tingkap kondo tu je. Bangunan tu masih under construction so tiada jalan akses untuk masuk ke dalam tu melainkan guna lift sementara tu je.


 
Pemandangan dari tingkap opisku

Ini pemandangan hari ini, kerja2 pembinaan di tangguhkan sementara pihak berwajib menjalankan siasatan seterusnya, yang daku dengar pagi ini kerugian berjumlah RM10 juta tuuuu...terkojut Cik Senah. Tapi syukurla tiada kejadian tak diingini berlaku, tapi Cik Senah pikir, kat KL Sentral ni penuh dengan bangunan kiri dan kanan jalan. Kalau ade berlaku kecemasan macam ni manalah kami penduduk bumi ni nak lari selamatkan diri ekk????? Sekian dari bilik berita Cik Senah hihihi...

Labels: